Sabtu, 12 Julai 2014

Nukilan bersama

Setiap hari bangun pagi pergi ke sekolah demi mencari ilmu didada,
Jangan malas jangan terlalu mengikut nafsu,
Sudah terang lagi bersuluh RUGI akan menghimpit diri.
usah risau akan kepayahan yg dialami sekarang,
selagi berusaha pasti kebahagian itu akan termiliki.
jangan lelah berdoa kepada Allah kerana dia yg Maha Pemberi,
Mungkin kita selalu berdoa tapi apa yg kita hajati tidak kunjung juaa.
Allah itu Maha Adil, mungkin dia akan beri pada waktu kita memerlukan bukan pada waktu kita hendaki.
Jalan yg ditulis oleh Allah itu sangat indah selagi kita mampu membezakan yg mana hak dan batil.
Selagi bersujud kepada Allah, ianya pasti tidak mengecewakan.

"be positive" :)


Jumaat, 30 Mei 2014

senyum jom

Senyuman dibibir memberi seribu makna. sama ada senyum terpaksa atau sebaliknya, semua ada kelebihan tersendiri. senyum juga sebagai penawar hati yang duka. orang yang melihatnya juga pasti akan merasa lega. tidak usah menunggu waktu atau memberi senyum kepada orang yang kita ingini sahaja. senyum lah kepada semua orang. sedekah yang paling mudah adalah sebuah senyuman. senyuman yang ikhlas akan memberi  seribu makna. jangan terlalu angkuh dan sombong akan kelebihan yang kita ada. hidup ini seperti roda kadang kita di atas kadang kita berada di bawah. mungkin kita sekarang di atas, siapa tahu akan datang kita akan berada di bawah. 

"sebelum terlambat tuh, jom let start good beginning" :)